j01

j01

Tuesday, January 20, 2009

Pelajar SMK Padang Saujana Cemerlang


Seramai 64 pelajar menerima keputusan cemerlang Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 lalu, diraikan dalam majlis khas bertempat di Dewan Saunjana Harmoni, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana (SMKPS), semalam.
Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut, Mohammad Hamid berkata, kecemerlangan dicapai itu membantu meningkatkan prestasi sekolah dan juga kecemerlangan daerah.
Katanya, tiga faktor menjadi asas penyumbang kepada kecemerlangan dicapai, iaitu membabitkan pelajar itu sendiri dengan sikap yang ditunjukkan terhadap kesungguhan menuntut ilmu.
“Selain itu, peranan sekolah menerusi komitmen guru berterusan yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan tanpa jemu, turut menjadi pendorong kepada kejayaan yang dicapai.
“Tidak ketinggalan, peranan ibu bapa dalam mendidik dan mencorakkan anak dengan memberi sokongan moral dan material tanpa jemu juga menjadi faktor penyumbang kejayaan,”katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang PMR, di sini, semalam.
Mohamad berkata, keputusan yang diperolehi SMKPS ini turut membantu meningkatkan kecemerlangan di peringkat daerah, daripada peningkatan kualiti menerusi Gred Purata Sekolah (GPS) dicapai iaitu 1.57 berbanding 1.7 pada 2007.
Menurutnya, kecemerlangan ini harus diteruskan oleh pelajar yang akan menduduki PMR tahun ini dan akan datang, dengan mencontohi kejayan dicapai dan menjadikan suntikan semangat untuk diikuti.
Sementara itu, Pengetua SMKPS, Mohd Said Tairan berkata, sebahagian pelajar cemerlang PMR itu terdiri daripada pelajar yang menghuni di asrama, yang membuktikan bahawa pelajar asrama juga mampu berjaya menerusi usaha gigih berterusan.
Menurutnya, kejayaan dicapai menepis sama sekali persepsi mengatakan pelajar asrama ketinggalan berbanding dengan yang tinggal di rumah bersama penjaga masing-masing.
“Komitmen teguh semua pihak khasnya guru-guru, ibu bapa dan PIBG amat dihargai dalam membantu memberikan tunjuk ajar, sokongan dan dorongan kepada pelajar untuk berjaya.
“Justeru, apa yang diharapkan kini ialah pelajar tingkatan satu, dua dan tiga dapat mencontohi kakak dan abang mereka yang berjaya, untuk turut serta meraih kejayaan yang sama dalam PMR akan datang,”katanya.
Menerusi majlis itu, penyampai sijil penghargaan Anugerah Cemerlang dilakukan setiap penjaga kepada pelajar, sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam usaha membantu mendapatkan kecemerlangan anak-anak.
Seramai 168 jumlah calon keseluruhan menduduki PMR 2008, dengan mendapat 9A sebanyak dua orang, 8A 21orang, 7A 20 orang, 6A 21 orang dan 5A 28 orang seterusnya menjadikan sekolah ini antara terbaik di daerah ini.- LAN
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 comments: on "Pelajar SMK Padang Saujana Cemerlang"

Anonymous said...

aku skola saujana dlu.
bdak2 panggil aku K.L.
sape kenal aku?

BIGboss said...

aku pong skola kat sini jugak...
HM time tu Cikgu Abd Rahim Noh....
tak silap aku start tahun 1983 spi 1987...
bangunan asrama mcm skang nie xde lagi..kiri-kanan hutan...sesapa sezaman ngn aku sila log-in...

Anonymous said...

dkt sini ade x pelajar form 4 nama dia hasilah.klu ae bgitau aku no fon dia tau

FOUZI said...

kpd pengetua.
Saya Fouzi,sesama bujang dulu di SMJerantut. Sekarang diKedah. Administerator tlg sampaikan salam kepada Msaid tairan/HITACHI